Penambahbaikan tahap kesihatan, pembelajaran kanak-kanak akan tingkatkan pendapatan malaysia - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatat pencapaian keseluruhan Indeks Modal Insan (HCI) yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara berpendapatan menengah atas serta negara di rantau Asia Timur dan Pasifik, kata Bank Dunia.

Bagaimaanpun, menurut bank itu, jika dibandingkan dengan kebanyakan negara berpendapatan tinggi, pencapaian Malaysia sebanyak 0.62 adalah lebih rendah daripada kelompok negara itu.

“HCI menunjukkan bahawa Malaysia mencatat prestasi kukuh dari segi kemandirian kanak-kanak: 99 daripada 100 kanak-kanak yang lahir hari ini hidup hingga berusia lima tahun,” kata Bank Dunia menurut HCI, yang dilancarkan pagi ini pada Mesyuarat Tahunan Bank Dunia-IMF di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, dalam kenyataan terbarunya, Bank Dunia berkata sebahagian besar kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan, dengan seorang daripada setiap lima orang (21 peratus) terbantut pembesaran mereka.

HCI mengukur jumlah modal insan dengan mengambil kira seseorang kanak-kanak yang lahir hari ini dijangka hidup hingga berusia 18 tahun berikutan risiko daripada kelemahan dari segi kesihatan dan pendidikan yang terdapat di sesebuah negara dan hasil daripada langkah yang diambil, termasuk berkaitan kemandirian, kesihatan dan kemudahan persekolahan untuk mereka.

Menurut Bank Dunia, komponen pendidikan dalam HCI menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mampu mendapat pendidikan di sekolah selama 12.2 tahun apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

Bagaimanapun, bank itu berkata apabila tahun persekolahan dipadankan dengan kualiti pendidikan, ia hanya mencatat persamaan selama 9.1 tahun dan ini menunjukkan wujud jurang pembelajaran sebanyak 3.1 tahun.

Pencapaian hasil yang lebih baik dari segi kesihatan dan pembelajaran kanak-kanak mampu melonjakkan pendapatan rakyat dan sesebuah negara, termasuk Malaysia, di mana hasilnya akan memberi manfaat pada masa akan datang, kata Bank Dunia.

“Prestasi Malaysia adalah baik, tetapi boleh ditingkatkan lagi bagi mencapai hasil lebih tinggi berdasarkan tahap pendapatan semasa dan cita-cita pembangunannya,” kata Wakil Kumpulan Bank Dunia dan Pengurus Negara bagi Malaysia Firas Raad.  

Menurut beliau, Bank Dunia komited untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mencapai anjakan dan transformasi yang diperlukan dalam memenuhi keperluan kanak-kanak dari segi pemakanan dan pembelajaran.

Kata Bank Dunia, secara global, 56 peratus kanak-kanak yang lahir hari ini di seluruh dunia akan kehilangan lebih separuh daripada potensi pendapatan seumur hidup mereka kerana kerajaan tidak melabur rakyat masing-masing secara berkesan bagi menjamin kewujudan penduduk yang sihat, berpendidikan dan bingkas serta bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan pada masa akan datang.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018