KUALA LUMPUR, 11 Okt ( Bernama) -- Golongan lelaki perlu peka dan berperanan lebih proaktif untuk mewujudkan kesedaran melalui pendidikan mengenai bahaya kanser payudara dalam kalangan keluarga masing-masing berikutan peningkatan kes itu yang kini sangat mengusarkan di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata kes kanser payudara kian meningkat dan statistik terkini mendapati seorang daripada 19 wanita (1:19) berisiko mengalaminya terutama mereka yang berumur awal 30an ke atas.
"Jadi, kaum lelaki yang sudah pastinya mempunyai ibu, isteri, anak perempuan, kakak atau sesiapa sahaja wanita istimewa di dalam hidup mereka, perlu bertindak lebih proaktif dalam memberi kesedaran terhadap bahayanya penyakit ini dari peringkat awal lagi.
"Jika seorang wanita di dalam keluarganya mengalami penyakit ini, seluruh keluarga akan terkesan dan kerana itulah kaum lelaki perlu sentiasa menggalakkan wanita kesayangan mereka menjalani ujian saringan secara berkala dan bersikap terbuka mengenai kanser payudara," katanya selepas merasmikan Kempen 'Say It With Majestic Orchids for Breast Cancer Foundation' di The Majestic Hotel di sini hari ini.
Beliau berkata statistik menunjukkan kadar survival pesakit kanser payudara lebih tinggi jika penyakit itu dikesan awal semasa Tahap 1 dan Tahap 2.
Dr Siti Mariah juga berharap kesedaran bahaya kanser payudara dipupuk awal di kalangan anak gadis sejak di sekolah menengah lagi terutama jika pernah mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi kanser.
"Apabila mereka mencecah umur 18 tahun dan mempunyai kesedaran serta mampu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) termasuk peka ujian saringan yang perlu dilakukan pada umur-umur tertentu, secara tidak langsug kita akan mengurangkan statistik mangsa kanser payudara ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Breast Cancer Foundation, Puan Sri Azrene Abdullah berkata, pada tahun ini sehingga September lepas, yayasan itu telah menyumbang sebanyak RM80,500 kepada 41 pesakit dan “survivor” kanser payudara
"Kita sangat bersyukur apabila The Majestic Hotel akan mendermakan hasil penjualan orkid dari The Majestic Orchids Collections sepanjang Oktober ini, yang lebih dikenali sebagai Pink October sebagai bulan kesedaran kanser payudara," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN