Keputusan ujian laksa kebok di Baling diketahui sehari dua lagi

ALOR SETAR, 13 Okt (Bernama) -- Keputusan ujian sampel laksa yang diambil daripada sebuah premis di Kampung Landak, Baling dekat sini yang disyaki punca keracunan dan menyebabkan dua kematian, dijangka diketahui selewat-lewatnya dua hari lagi. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata pihakya perlu menunggu laporan penuh ujian sebelum  dapat mengesahkan punca kejadian.

“Sekiranya berpunca daripada laksa di premis berkenaan tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita pada Karnival Kesihatan Alor Setar 2018 ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Dr Lee berkata setakat semalam, terdapat tiga kes baharu di Perak menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 83 kes dengan pecahan 34 kes di Perak (termasuk dua kematian), 25 di Kedah dan 24 di Selangor serta satu kes masih berada di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Dr Lee berkata pihaknya akan melipatgandakan promosi serta kempen larangan merokok di semua restoran dan premis makanan sebelum ia dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019.

“Kita akan kuat kuasakan larangan merokok tersebut, tetapi sebelum itu kempen dan promosi mengenainya  akan dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya rokok dan kesannya kepada orang ramai sebelum kita ambil tindakan nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini termasuk warung di tepi jalan, berkuat kuasa 1 Jan depan.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2