Hospital di Sarawak memerlukan 150 pain darah sehari

Gambar fail

KUCHING, 13 Okt (Bernama) -- Hospital di seluruh negeri Sarawak memerlukan purata 150 beg atau 150 pain darah setiap hari, kata Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Sarawak Dr Kamaruddin Lajim.

Beliau berkata ini bermakna Tabung Darah Negeri Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 150 orang penderma untuk tampil menderma darah setiap hari bagi memenuhi keperluan pesakit.

Katanya, bagi bahagian Kuching sahaja lebih kurang 500 pain darah diperlukan seminggu untuk dibekalkan ke hospital kerajaan dan swasta.

"Cabaran yang kami hadapi sekarang adalah peningkatan usia dalam kalangan penderma yang sedia ada kerana apabila penderma yang sedia ada meningkat usia mereka ini menghadapi pelbagai penyakit dan kumpulan penderma semakin mengecil kerana mereka tidak lagi layak menderma kerana faktor usia," katanya.

Dr Kamaruddin berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program 38 Blood Run dan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri 2018 di sini hari ini oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen.

Dr Kamaruddin berharap kempen yang dijalankan dapat menyebarkan penerapan budaya menderma darah secara berkala kepada orang ramai.

Sementara itu, Chong dalam ucapan beliau memuji usaha yang diambil oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan Belia dan Sukan kerana mengambil inisiatif menganjurkan acara berkenaan.

Beliau turut mengesa supaya lebih ramai rakyat negeri ini tampil menderma darah masing-masing dan berkata beliau akan turut berbuat demikian.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2