JOHOR BAHRU, 14 Okt (Bernama) -- Hospital KPJ Pakar Puteri di sini telah menubuhkan Pasukan Tindakan Pantas (RRT) yang bertujuan menyediakan penjagaan kesihatan lebih baik kepada pesakit sekali gus mencegah berlakunya masalah pernafasan dan jantung.
Ketua Anestesiologi Hospital KPJ Pakar Puteri Dr Ponijan Pardi berkata RRT terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad terlatih serta akan diaktifkan apabila terdapat kecemasan pada pesakit.
Beliau yang mengetuai RRT berkata dengan adanya pasukan berkenaan, maka pihaknya boleh bertindak awal apabila terdapat kecemasan pada pesakit seterusnya akan dipantau jika diperlukan.
“Ia (RRT) berbeza dengan pasukan ‘Code Blue Team’ sebelum ini, di mana pasukan itu hanya akan diaktifkan apabila pesakit telah mengalami serangan pernafasan dan jantung, namun, RRT adalah pasukan yang akan diaktifkan sebelum pesakit mengalami masalah pernafasan dan serangan jantung,
“RRT akan melengkapkan ‘Code Blue Team’ untuk mencapai hasil kesihatan yang terbaik kepada pesakit. Akhirnya matlamat utama kami adalah untuk memastikan pesakit kami mendapat rawatan, pengalaman dan penjagaan kesihatan yang terbaik.
“Dengan itu, mengurangkan masalah serangan jantung, kematian dan tempoh tinggal di hospital,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian RRT itu bersempena sambutan Hari Anestesia Sedunia 2018, semalam.
Perasmian berkenaan dilakukan Pengarah Perubatan Hospital KPJ Pakar Puteri Dr Mohd Ali Salleh dan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Hospital KPJ Pakar Puteri Haliza Khalid.
Dr Ponijan berkata RRT yang dimulakan oleh Hospital KPJ Pakar Puteri itu akan cuba diaplikasikan terlebih dahulu di hospital berkenaan sebelum diperluaskan di semua hospital KPJ sebagai garis panduan kecemasan pesakit.
“Apabila kita memeriksa pesakit dan pesakit tersebut memerlukan rawatan di ICU, RRT akan memasukkan pesakit ke ruangan ICU lebih awal dan perkara ini akan memberi kesan rawatan yang lebih baik, mengikut tujuan asal pelaksaan RRT ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Haliza berkata bangunan tambahan hospital itu yang terletak berhampiran bangunan sedia ada akan siap sepenuhnya hujung tahun depan dengan menempatkan 220 katil.
“Kita akan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti seperti yang kita lancarkan hari ini ke arah keselamatan pesakit supaya orang ramai akan tetap memilih Hospital KPJ Pakar Puteri ini sebagai pilihan utama mereka,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN