Pahang sasar tempatkan kaunselor di setiap pusat kesihatan

KUANTAN, 14 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan negeri Pahang menyasarkan untuk menempatkan sekurang-kurangnya seorang kaunselor paramedik di setiap hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata ia bagi memudahkan rakyat di negeri ini yang menghidap masalah berkaitan psikiatri mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada mereka yang bertauliah sekali gus untuk mengelakkan masalah kemurungan dan keresahan.

“Pahang mencatatkan jumlah penghidap masalah keresahan di tempat ketiga di negara ini sebanyak 42.4 peratus, diikuti tempat keempat bagi masalah kemurungan (21%) dan tempat kelima bagi masalah tekanan (10.4%) mengikut Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2017.

“Jadi kita mewujudkan perkhidmatan kaunselor paramedik ini bagi membolehkan orang awam mudah untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Peringkat Negeri Pahang 2018, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Indera Mahkota di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Bahagian Kesihatan Awam Dr Mohamed Sapian Mohamed, Ketua Perkhidmatan Psikiatri Negeri Pahang, Dr Ahmad Zafri Abu Bakar dan Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Dr Nor Azmi Abdullah.

 Di Pahang setakat ini, katanya telah mempunyai 18 anggota kaunselor paramedik yang terdiri daripada jururawat serta penolong pegawai perubatan dan mereka menerima latihan khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital Sungai Buloh selama sebulan.

Ia termasuk tiga kaunselor paramedik ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini dan seorang di klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri ini seperti di Temerloh dan Jerantut.

 “Khidmat kauseling dan kaunselor turut disediakan di sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan di negara ini, selain khidmat pegawai kaunseling di bahagian kesihatan di pusat kesihatan.

Dalam masa yang sama, bagi memenuhi keperluan, beliau berharap semua petugas kesihatan tanpa mengira jawatan dapat memberikan khidmat kauseling kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira masa.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2