Ibu bapa perlu peka tahap kesihatan mental anak-anak



KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan sikap anak-anak yang menunjukkan gejala penyakit mental seperti kemurungan dan tekanan bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan anak muda, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Memetik laporan kaji selidik Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 yang mendapati seorang daripada setiap lima remaja mengalami kemurungan dan seorang daripada setiap 10 remaja mengalami tekanan di negara ini, beliau berkata ia menunjukkan tahap kesihatan mental dalam kalangan anak muda membimbangkan.

Katanya kaji selidik itu juga mendapati 10 peratus daripada 5.5 juta golongan muda di Malaysia mempunyai fikiran untuk membunuh diri manakala 6.9 peratus pernah melakukan cubaan untuk membunuh diri.

Malangnya, kata beliau isu kesihatan mental dianggap tabu dalam kalangan masyarakat dan tidak dianggap serius menyebabkan mereka yang bermasalah tidak mendapat rawatan sewajarnya.

"Ibu bapa harus bersikap terbuka dalam membincangkan isu ini dan menyingkirkan stigma tentang penyakit mental kerana ia akan memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit berkenaan yang akhirnya boleh membawa kepada tindakan membunuh diri serta pelbagai implikasi kesihatan lain.

"Masyarakat boleh membantu dengan mengenal pasti individu di sekeliling mereka yang mengalami gejala ini dengan memberikan sokongan moral dan kesedaran terhadap mereka," katanya semasa berucap merasmikan Program 'Young Minds, Take Charge!' bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di sini hari ini.

Syed Saddiq berkata mereka yang mengalami masalah ini perlu dikenal pasti supaya langkah-langkah awal dapat diambil seperti ujian saringan kesihatan mental, sokongan emosi dan rawatan sekiranya perlu. 

"Pencegahan awal juga boleh dilakukan melalui pengurangan risiko yang boleh mengakibatkan golongan ini mengalaminya serta memupuk daya tahan dalam diri mereka," katanya. 

Beliau berkata rawatan awal yang diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah itu diyakini dapat membantu mereka menjalani kehidupan normal.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018