Dalam bangunan Parlimen diisytihar kawasan larangan merokok mulai hari ini

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Perjumpaan Bulanan Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA 15 Okt (Bernama) -- Mulai hari ini, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen diisytihar sebagai kawasan larangan merokok, umum Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan secara  serius mengikut peraturan bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

“Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen itu kerana di dalam bangunan Parlimen tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bulan Oktober Kementerian Kesihatan 2018 di sini hari ini. 

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan  di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jan 2019. 

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata kementeriannya menjangka dapat mengekalkan peruntukan sejumlah RM27 bilion iaitu sembilan peratus daripada keseluruhan Bajet 2019.


Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada Perjumpaan Bulanan Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau berkata pihaknya telah membentangkan keperluan vaksin pneumokokal diletakkan sebagai ‘permintaan khas’ dalam Bajet 2019 seperti termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan. 

“Walaupun peruntukan itu masih ditahap yang rendah dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia untuk sesebuah Kementerian Kesihatan,  pihaknya memahami kekangan kewangan yang dialami negara ini,” katanya. 

Sehubungan itu Dr Dzulkefly berkata kementerian telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah Islam yang berpotensi menambah pendapatan kementerian dalam mengendalikan keperluan yang kritikal. 

“Perkara ini tidak rahsia lagi, saya telah membentangkan inisiatif  pelaburan itu dan kaedah mendapat peruntukan tambahan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. 

“Dr Mahathir meminta kami (Kementerian Kesihatan)  menyatakan cadangan tersebut kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kementerian Kewangan,” jelasnya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1