Negeri Sembilan bebas HFMD

Sumber: story.motherhood.com.my

SEREMBAN, 15 Okt (Bernama) -- Negeri Sembilan diisytiharkan bebas daripada wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

Beliau berkata langkah pencegahan yang diambil Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) dalam menangani wabak itu terbukti berkesan berdasarkan statistik terkini dikeluarkan jabatan berkenaan yang menunjukkan penurunan ketara sejak bulan lalu.

“JKNS hanya merekodkan dua kes HFMD pada minggu ke-42 tahun ini berbanding tiga kes pada minggu sebelumnya.

Penularan wabak HFMD berjaya dikawal dengan pelbagai langkah termasuk kempen berterusan membabitkan pengusaha tadika dan taska di seluruh negeri," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Kanak-Kanak Bebas Kaviti di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ahamad Jusoh dan Pengerusi Persekutuan Bebas Kaviti Masa Depan (ACFF) Malaysia, Profesor Dr Rahimah Abdul Kadir.

Veerapan berkata, secara keseluruhan bagi tempoh Januari sehingga hari ini, sebanyak 2,698 kes HFMD telah dilaporkan berbanding 759 kes pada tempoh sama, tahun lalu.

Beliau taburan kes HFMD mengikut daerah bagi tempoh berkenaan adalah 1,847 kes di Seremban, Port Dickson (227), Jempol (214), Kuala Pilah (144), Rembau (118), Jelebu (85) dan Tampin (63).

“Walaupun kes HFMD semakin menurun, kita mahu ingatkan semua pihak supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan semula wabak berkenaan.

“Sentiasa pastikan tabiat asas kebersihan dikekalkan selain melakukan saringan di premis bagi memastikan tiada kanak-kanak dijangkiti penyakit berjangkit tersebut,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2