Pencemaran bunyi beri kesan kepada kesihatan manusia



ISLAMABAD, 15 Okt (Bernama) -- Pencemaran bunyi seperti di jalan raya kini didapati menjadi antara masalah utama alam sekitar yang memberikan risiko terhadap kesihatan manusia, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu dari lima orang sering terdedah dengan paras bunyi yang boleh "merosakkan" kesihatan.

Bunyi berlebihan boleh menjejaskan tekanan darah dan menyebabkan hipertensi, yang boleh membawa kepada serangan jantung dan kematian. Kognisi dan kesihatan kanak-kanak juga boleh terganggu.

Tahap bunyi bising lain termasuk yang dihasilkan turbin angin, alunan muzik di kelab malam, pub, kelas kecergasan, acara sukan, konsert dan alat audio peribadi.

Dalam laporan yang disiarkan dalam Science Daily, para penyelidik mencadangkan purata bunyi bising trafik dikurangkan di bawah 53 desibel, manakala pada sebelah malam kekuatan bunyi disyorkan ialah 45 desibel.

Purata tahap bunyi di landasan kereta api, pesawat udara dan turbin angin pula ialah 44 hingga 54 desibel, bergantung kepada sumber.

Bunyi bising pesawat di waktu malam dicadangkan dihadkan kepada kurang 40 desibel. 

Pencemaran bunyi adalah pelbagai. Setiap sumber mempunyai ciri berbeza dari segi kepantasan dan konsistensi. Kesan kesihatan setiap jenis pencemaran bunyi juga berbeza.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2