Jabatan Kesihatan Kelantan siap sedia hadapi banjir

KOTA BHARU, 16 Okt (Bernama) – Jabatan Kesihatan negeri Kelantan kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang sering berlaku di Kelantan pada setiap hujung tahun.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata pihaknya sentiasa berwaspada dengan bencana tersebut dan bersedia menggerakkan kakitangan di hospital dan klinik di setiap jajahan bagi menangani sebarang kes sepanjang berlakunya bencana tersebut.

"Persiapan dilakukan bukan saja di hospital tetapi juga di klinik dan pejabat kesihatan. Kami turut mengarahkan pegawai kesihatan membuat persiapan termasuk logistik, ubat-ubatan, pembekuan cuti kakitangan serta menyenarai dan mengenal pasti nama pesakit yang perlu diberikan rawatan semasa banjir. 

"Dalam masa yang sama, kawasan berpotensi dinaiki air juga perlu diberi perhatian selain memantau paras air di beberapa sungai utama di negeri ini. Saya berharap banjir tahun ini tidaklah seteruk 2014," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Plak Kaseh Yayasan Kasih Kanser dan Kronik Orang Kota Bharu (YKKOKB) Lt Kol (PA) Shabki Abdullah di Klinik Penjagaan Luka Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Shabki yang juga Anggota Lembaga Pemikir POKB.

Pada majlis berkenaan, POKB menyerahkan tiga kerusi roda, dua televisyen, sebuah ‘water dispenser’ dan sebuah ketuhar gelombang mikro untuk kegunaan wad berkenaan.

Semalam, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kelantan Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dilaporkan berkata Kelantan dijangka akan menerima hujan lebat pada bulan November dan Disember ini iaitu 45 peratus daripada 2,700 milimeter purata taburan hujan tahunan untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bagaimanapun keadaan itu dijangka tidak mengakibatkan banjir besar seperti yang berlaku pada 2014.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018