IJN sasar peningkatan pertumbuhan melalui pembukaan sayap baharu

Oleh Nurul Hanis Izmir

LONDON, 16 Okt (Bernama) -- Institut Jantung Negara (IJN) akan menambah 120 katil melalui pembinaan sayap swasta baharu pusat perubatan itu tahun depan yang dijangka siap dalam masa empat tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub.

Bercakap kepada pemberita pada lawatannya ke sini, hari ini, beliau berkata, ia bagi menampung peningkatan dalam bilangan pesakit pada masa depan dan sayap baharu itu terletak dalam kawasan seluas lima ekar (dua hektar) bersebelahan bangunan sedia ada. 

Dr Mohd Azhari berkata, sayap baharu itu juga meliputi tambahan 900 ruang parkir (pada masa ini sebanyak 1,250) selain klinik paediatrik.

Katanya, IJN menerima sambutan yang menggalakkan daripada pesakit dalam kalangan penduduk tempatan dan luar negara untuk pelbagai rawatan jantung. 

“Kami menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dan menjangka menyaksikan pertumbuhan yang baik pesakit persendirian, membolehkan kami menjadi lebih mampan dari segi kewangan dengan kedudukan kewangan yang lebih baik.

“Ini juga akan membolehkan kami untuk meneruskan tujuan asal penubuhan IJN – menyediakan rawatan terbaik, menjalankan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan, bekerjasama dengan hosital lain dan memberikan pendidikan kepada orang ramai,” katanya.

IJN pada masa ini merawat 70 peratus pesakit awam dan 30 peratus pesakit persendirian selain menyasarkan untuk mempunyai nisbah 50:50 dalam masa lima tahun akan datang 

“Kami menjangka menjelang 2020, dengan siapnya projek Transit Aliran Deras (MRT), ia memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk ke IJN menggunakan pengangkutan alternatif,” tambahnya.

--BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018