Bajet 2019: LKL International harap perkhidmatan penjagaan kesihatan dipertingkat



KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) --  Pengeluar perabot hospital, LKL International Bhd (LKI) berharap Bajet 2019  akan merangkumi inisiatif untuk mempertingkat perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini, selain nisbah jumlah katil berbanding bilangan penduduk. 

Bajet 2019 dijadual dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen pada 2 Nov ini.

LKL dalam kenyataan hari ini berkata, nisbah jumlah katil berbanding penduduk di Malaysia adalah 1.9 katil bagi setiap 1,000 orang penduduk, ketinggalan pada tahap antarabangsa iaitu sebanyak 2.5 katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk.

Pengarah Urusannya Lim Kon Lian berkata syarikat tersebut akan melabur dalam kapasiti dan keupayaan pembuatan baharu bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan awam dan swasta yang semakin meningkat.

“Terdapat jurang yang besar untuk menurunkan nisbah jumlah katil berbanding bilangan penduduk bagi memastikan rakyat mendapat akses sewajarnya kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti,” katanya.

Lim berkata isu tersebut akan menjadi lebih meruncing pada masa akan datang apabila 20 peratus daripada penduduk Malaysia akan berusia melebihi 60 tahun menjelang 2050.

“Sehubungan itu, kami berharap kerajaan akan menangani masalah ini dengan menyediakan lebih banyak peruntukan bagi kemudahan penjagaan kesihatan, selain insentif untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta,” katanya.

Sementara itu beliau berkata syarikat tersebut bercadang membina tambahan struktur keluli setinggi empat tingkat di kemudahan pembuatannya di Seri Kembangan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan keupayaan.

Perluasan itu yang dijangka siap menjelang 2021 akan melibatkan kos kira-kira RM6.7 juta dan meningkatkan jumlah keluasan kilang tersebut melebihi 40 peratus kepada 1.19 hektar berbanding 0.85 hektar ketika ini, kata Lim.

“Seperti sektor lain, sektor penjagaan kesihatan juga perlu berkembang dengan mengguna pakai teknologi baharu bagi menyediakan rawatan dan diagnosis pesakit dengan lebih baik.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus menyediakan lebih banyak barangan penjagaan kesihatan/perubatan untuk memperluaskan rangkaian produk supaya dapat bersaing dengan keperluan sektor penjagaan kesihatan yang semakin kompleks ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2