Pembinaan hospital di Johor Bahru dijangka bermula tahun depan - IJN

Daripada Nurul Hanis Izmir

LONDON, 18 Okt (Bernama) -- Institut Jantung Negara Holdings Sdn Bhd (IJN) dijangka memulakan pembinaan pusat jantung keduanya di Johor Bahru tahun depan yang dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub.

Beliau berkata hospital milik kerajaan itu telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB)  tahun lepas untuk membina hospital tersebut bagi memenuhi permintaan rawatan kardiak di wilayah selatan negara dan negara jiran, iaitu Singapura dan Batam, Indonesia. 

Hospital yang akan dibina di Taman Perling, Johor  itu akan mempunyai 150 katil dan menyediakan perkhidmatan rawatan berkaitan jantung dan kardiologi kepada 20 hingga 30 pesakit.

Taman Perling terletak kira-kira 20 minit pemanduan dari Johor Bahru melalui Lebuh Raya Lintasan Kedua.

“Kami memainkan peranan utama dalam pelancongan perubatan khususnya rawatan kardiologi dan kardiak di Malaysia dan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia menamakan IJN sebagai hospital utama  untuk pembedahan kardiologi dan kardiak..jadi ia mempromosikan IJN ke seluruh dunia,” katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke London, di sini, hari ini.

 Dr Mohd Azhari yang dipilih sebagai penerima Alumni Cemerlang Program Kepimpinan dan Pengurusan Lanjut Oxford akan menerima anugerah itu pada Jumaat di Oxford University, United Kingdom.

Beliau berkata berikutan kemajuan hebat dalam rawatan terkini pembedahan kardiologi dan kardiak, selain kecekapan dalam menguruskan pesakit, IJN telah dianggap sebagai ‘Cleveland Clinic’ di Asia.

Menurutnya, Cleveland Clinic telah dinobat sebagai hospital terbaik bagi pembedahan kardiologi dan kardiak dalam tempoh 10 tahun berturut-turut.

“Kami telah memantau dan menyediakan banyak inisiatif untuk menambah baik pengalaman pelanggan seperti tempoh menunggu dan perkhidmatan pelanggan, dan kami menerima sambutan amat menggalakkan.

“Kami diiktiraf di peringkat antarabangsa dan diperakui Joint Commission International dari segi proses, perkhidmatan pelanggan dan penjagaan klinikal kami,” katanya.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata, IJN merancang membuka pusat rawatan di Shah Alam dan Pulau Pinang.

“Menjadi hasrat kami untuk mempunyai operasi di tiga pusat ekonomi utama ini – di bahagian selatan, tengah dan utara supaya IJN lebih mudah dikunjungi masyarakat,” katanya.

Pada November 2017, IJN menandatangani perjanjian strategik bersama Selgate Corp Sdn Bhd untuk membina IJN Selgate Specialist Hospital di Shah Alam, dengan kos kira-kira RM250 juta.

Beliau berkata IJN masih mencari peluang di Pulau Pinang, katanya. 

-- BERNAMA 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2