Inovasi penjagaan kesihatan penting, bukan perkara baharu - Dr Dzulkefly



KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Inovasi dalam penjagaan kesihatan bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia satu keperluan dan merupakan bahagian yang penting dalam bidang perubatan hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata inovasi menyumbang kepada peningkatan kecekapan hospital, kualiti yang lebih baik dan mengurangkan kos.

“Apa yang lebih penting, teknologi memberi peningkatan kepada inovasi. Sama ada ia pembaharuan atau pertambahan, inovasi penting dalam industri penjagaan kesihatan,” katanya ketika merasmikan Persidangan  Penjagaan Kesihatan KPJ ke-21 di sini hari ini. 

Dr Dzulkefly menekankan bahawa inovasi dalam penyampaian penjagaan kesihatan memerlukan  penyedia menumpukan pesakit dalam setiap proses dan perkhidmatan.

Menurut beliau, pesakit kini berkuasa, diberi kuasa oleh ‘auntonomi pesakit’, justeru pemikiran ini mesti diguna pakai semua orang di atas dan di bawah sistem penyampaian.

Dr Dzulkefly juga percaya teknologi penjagaan kesihatan seperti prosedur diagnostik dan pengimejan boleh membantu golongan profesional perubatan dalam mendiagnosis keadaan perubatan yang sebelum ini sukar dan mengambil masa untuk didiagnosis.

“Hari ini kita menyaksikan pergantungan yang amat besar terhadap peranti, didorong oleh peningkatan  kecanggihan teknologi klinikal, aplikasi mobil, peranti elektronik baharu dan banyak lagi.

“Dalam 10 tahun akan datang, pembangunan teknologi seperti robotik dan automasi akan mengubah pasaran pekerjaan dan juga sifat kerja itu sendiri.

“Ubat-ubatan baharu, perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang dibangunkan daripada penyelidikan perubatan akan membawa kepada kejayaan rawatan untuk banyak penyakit,” katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting, pesakit mempunyai akses mudah kepada maklumat perubatan, terima kasih kepada Internet yang mana pesakit mencari dan mendapatkan maklumat untuk membuat pilihan yang tepat bagi rawatan dan penjagaan mereka.

Dengan penglibatan pesakit yang lebih ramai, Dr Dzulkefly berkata pengamal perubatan dan penjagaan kesihatan dapat melihat populasi yang lebih peka terhadap kesihatan mereka.

“Kami perlu bersedia untuk pesakit yang mengharapkan akses mudah ke maklumat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada pengalaman penjagaan kesihatan harian mereka secara  keseluruhan. Potensi dalam bidang ini adalah luas,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018