IJN lantik pensyarah penyelidikan Universiti Oxford sebagai penasihat tamu



Daripada Nurul Hanis Izmir

OXFORD, 19 Okt (Bernama) -- Institut Jantung Negara (IJN) akan melantik pensyarah penyelidikan, Pusat Penyelidikan Resonans Magnetik Klinikal (OCMR), Bahagian Perubatan Kardiovaskular, Universiti Oxford, Dr Masliza Mahmod, sebagai penasihat tamu di Jabatan Penyelidikan IJN.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Mohd Azhari Yakub, pelantikan itu akan menyaksikan Dr Masliza, warga Malaysia, yang merupakan Ketua Kumpulan Penyelidikan Klinikal OCMR, akan meneruskan penyelidikan IJN dalam pengimejan jantung khususnya penyelidikan jantung.

“Kami telah mengadakan perbincangan yang sangat produktif dengan Dr Masliza. Beliau adalah seorang daripada penyelidik terkemuka di institusi ini, jadi kami amat berharap kerjasama antara kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan antara IJN dan OCMR.

Dr Mohd Azhari berkata kerjasama itu akan memberi peluang kepada penyelidik muda, doktor kardiologi atau penyelidik sains perubatan di seluruh negara untuk melihat IJN sebagai penghubung untuk bekerjasama dengan Universiti Oxford. 

Pada April lepas, Dr Masliza memperoleh geran RM1.6 juta daripada Yayasan Jantung British bagi menjalankan kajian perintis kepada pesakit aortic stenosis. 

Beliau memperoleh DPhil (PhD) dalam Perubatan Kardiovaskular dari Universiti Oxford dan Sijil Tamat Latihan dalam Kardiologi, United Kingdom (UK).

Beliau juga memperoleh Sarjana Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Otago New Zealand dan Member of Royal College of Physicians, UK.

“Kami amat berbangga dapat bersama-sama beliau yang memiliki kepakaran dan rangkaian kolaborator penyelidikan yang luas di seluruh dunia, bukan sahaja di United Kingdom, tetapi juga di Eropah serta di Afrika Selatan dan bahagian dunia lain,” katanya. 

Sementara itu, Dr Masliza berkata pelajar perlu pendedahan awal dalam latihan perubatan dan pendedahan dalam penyelidikan untuk merangsang minat mereka supaya lebih ramai pelajar melakukan penyelidikan.

“Pada mulanya sukar, tetapi ia memerlukan masa. Saya yakin ramai yang berbakat di luar sana tetapi mereka tidak tahu ada peluang seperti ini,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2