PORT DICKSON, 19 Okt (Bernama) -- Sebuah Kompleks Hospital Pakar dengan anggaran kos RM130 juta, akan dibina bersebelahan bangunan Hospital Port Dickson di sini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali.
Katanya kompleks berkapasiti 132 katil itu telah diluluskan diperingkat kementerian dan kini di peringkat akhir penganugerahan tender.
“Dengan adanya kompleks ini kelak, kita akan tambah lagi 132 katil berbanding katil sedia ada ketika ini iaitu 113 katil.
“Selain itu, selain tambahan katil, kompleks ini juga antaranya akan dilengkapi klinik pakar, wad, empat unit bilik bedah dan Unit Rawatan Rapi... kemudahan ini bakal memanfaatkan penduduk Port Dickson dan kita juga tidak perlu hantar pesakit dari sini ke Hospital Seremban lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan dan serahan mesin dialisis dan alat bantuan kecemasan oleh Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Hospital Port Dickson di sini, hari ini.
Majlis lawatan dan serahan dua mesin dialisis bernilai RM120,000 sumbangan Yayasan Aman itu adalah sebahagian daripada tugas rasmi pertama Anwar sebagai Anggota Parlimen selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson, Sabtu lalu.
Terdahulu, Anwar menghadiri sesi taklimat bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Isa dan Pegawai Daerah Khairy Maamor yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri Dr Razali Ab Malek dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Tanjung, M. Ravi.
Ravi berkata taklimat itu bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai pertadbiran Port Dickson dan antara isu yang dibincangkan antaranya isu kesihatan dan banjir kilat.
“Isu kesihatan secara umumnya mengenai kekurangan kemudahan, kekurangan doktor dan yang berkaitan manakala isu mengenai banjir kilat telah diusulkan agar dibina kolam takungan air dalam usaha mengelakkan banjir kilat di Port Dickson.
“Anwar kata dia akan mohon peruntukan segera ke parlimen bagi menangani isu banjir kilat,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN