52 pelajar tahfiz keracunan makanan



SEREMBAN, 19 Okt (Bernama) – Lima puluh dua pelajar Tahfiz Darul Ulum di Senawang dekat sini, mengalami keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada ayam masak kunyit yang disedekahkan orang awam, malam tadi. 

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali berkata pelajar berumur 7 hingga 12 tahun itu menunjukkan tanda keracunan seawal 4 pagi tadi, sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, untuk mendapatkan rawatan.

"Tiga puluh enam pelajar mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Kecemasan, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, dan 33 pelajar tersebut dibenarkan pulang ke pusat tahfiz manakala tiga lagi pelajar masih dipantau di wad kecemasan.

"Selain itu, 16 lagi pelajar dirawat pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Ampangan, Seremban dan kesemua pelajar tersebut berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Zainudin berkata individu yang menyumbangkan makanan tersebut sudah dikenal pasti dan siasatan ke atas kediamannya juga dijalankan dan mendapati kebersihan tempat penyediaan makanan adalah memuaskan.

"Setakat ini, beberapa sampel makanan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh untuk ujian selanjutnya dan keputusan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Punca sebenar masih dalam siasatan dan saya mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan keselamatan makanan dengan mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelak makanan yang berisiko penyebab keracunan makanan," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018