SHAH ALAM, 20 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah merampas sebanyak 2,669 kotak produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai kira-kira RM407,000, dalam satu serbuan di beberapa lokasi di negeri ini, Selasa lepas.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata serbuan yang dijalankan itu merupakan hasil maklumat orang awam serta risikan dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Selangor.
"Kita menerima aduan awam berkenaan penjualan produk serta kosmetik ini yang disyaki mengandungi racun berjadual yang mana telah dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang.
"Penjual juga dikesan menggunakan khidmat kurier untuk menghantar barangan mereka terus kepada pembeli," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua produk dan kosmetik yang dirampas akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, kementerian menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian selain memastikan produk tersebut mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.
"Orang ramai juga boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN