Tiada kes kematian akibat minuman keras dan jangkitan difteria di Perlis

ARAU, 20 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKN) berpuas hati dengan tahap pematuhan pemilik premis yang menjual minuman keras di negeri ini mengikut Akta Makanan 1985 selain tiada kes kematian akibat meminum minuman keras di negeri ini.

Timbalan Pengarah jabatan itu (Kesihatan Awam) Dr Azmi Ahmad berkata hasil pemeriksaan mendapati  tidak berlaku pelanggaran undang-undang kecuali beberapa kes supaya menggantikan notis larangan menjual minuman keras kepada orang berumur bawah 18 tahun kepada 21 tahun.

Beliau ditemui Bernama pada program Food Safety Fun Run and Ride 2018 di Stadium Tuanku Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

Program itu disertai kira-kira 1,000 orang dalam acara Fun Run 5 kilometer (km) dan Fun Ride 35 km di kawasan Chuping, Pauh dan Guar Nangka yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) dan UniMAP bertema ‘Keep Calm and Eat Safe.’

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP Prof Ir Dr Rezuwan Kamaruddin dan Timbalan Pengarah Cawangan Pematuhan Domestik, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KKM), Mahamad Sukor Senapi.

Pada 26 Sept, seramai 37 orang mati akibat keracunan methanol membabitkan 23 warga asing, 10 orang tempatan manakala empat lagi tidak diketahui status kewarganegaraan mereka.

Mengenai jangkitan difteria, Dr Azmi berkata Perlis bersih daripada penyakit itu yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru Isnin lepas membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan yang meninggal dunia akibat jangkitan itu kerana tidak pernah menerima sebarang imuninasi difteria.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018