Dr Mahathir ikon kesihatan negara - Khalid Abdul Samad 

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad membuat pemeriksaan kesihatan ketika lawatan ke pameran Hari Warga Emas Kuala Lumpur 2018 (HWEKL 2018) di Taman Rekreasi Bukit Jalil, hari ini.

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mahu rakyat mencontohi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengamalkan gaya hidup sihat meskipun sudah berusia 93 tahun.

Antara rahsia Dr Mahathir berstamina dan kekal sihat adalah menjaga pemakanan dalam kehidupan sehariannya, kata beliau. 

"Saya selalu melihat, Tun Dr Mahathir yang berusia 93 tahun tapi mampu menjadi perdana menteri, makan sedikit sahaja, cukup-cukup, berhenti makan bila hilang lapar, bukan makan sampai tersandar, itu antara rahsia beliau menjaga kesihatan.

"Jika kita dapat bersama-sama amalkan penjagaan pemakanan, makan dalam jumlah sederhana, maka boleh mengalami proses penuaan yang sihat seperti perdana menteri kita, beliaulah ikon kesihatan Malaysia," katanya ketika berucap dalam Program Hari Warga Emas Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care) 2018 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini. 

H-Care ialah pusat penyelidikan transisi demografi berfokuskan penuaan sihat dan kesejahteraan serta menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkenalkan diet sihat dalam kalangan warga emas.

"Ketika usia pertengahan dewasa, kesihatan perlu diberi lebih perhatian kerana peningkatan obesiti dan penyakit kronik tidak berjangkit sering terjadi dalam kalangan dewasa di Malaysia jika tidak menjaga pemakanan dengan baik. 

"Dengan adanya pusat penyelidikan seperti H-Care, mutu rehabilitasi dapat ditingkatkan dan program menyumbangkan kepada misi mencapai penuaan sihat dalam kalangan warga emas di Malaysia dapat dicapai dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan," kata Khalid. 

Sementara itu, Pengerusi H-Care UKM Prof Dr Suzana Sahar berkata warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas adalah lapan peratus daripada jumlah populasi di Malaysia sekarang ini. 

"Kami menjangkakan dalam masa 20 tahun lagi Malaysia akan mencapai status negara tua dengan mereka berusia 60 tahun ke atas mewakili 15 peratus daripada populasi menjelang 2030.

"Oleh itu, penubuhan pusat kecemerlangan ini sangat tepat pada masanya seiring dengan peningkatan jangka hayat populasi dan insiden penyakit berkaitan transisi demografi ini," katanya. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018