Petugas kardiologi perlu kemas kini ilmu pengetahuan



KOTA BHARU, 20 Okt (Bernama) -- Petugas  perubatan khususnya dalam bidang kardiologi digesa agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan pencegahan dan perawatan penyakit tersebut seiring perkembangan teknologi ketika ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata ini bagi memastikan mereka mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

"Penyakit kardiovaskular merupakan antara pembunuh utama di mana-mana negara di dunia ini, oleh itu semua petugas yang terlibat dalam perawatan penyakit jatung perlu bersedia dengan pengetahuan terkini bagi mengurangkan kadar kematian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan ke-11 Asia Pacific Cardiology Update@USM 2018, di sini hari ini.

Mengulas mengenai persidangan selama tiga hari sehingga esokitu, Dr Azman berkata ia boleh menjadi antara platform terbaik untuk petugas perubatan bertukar-tukar pendapat mengenai gejala penyakit berkenaan serta teknologi terbaharu bagi merawat penyakit jantung.

Persidangan itu merupakan program tahunan anjuran bersama Persatuan Perubatan Penyakit Dalaman Universiti Sains  Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Jantung Negara Malaysia yang bertujuan berkongsi pengetahuan semasa berkaitan bidang perubatan kardiologi dari seluruh dunia.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018