Tiada cadangan wajibkan bayi diberi imunisasi

IPOH, 20 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan tidak bercadang mewajibkan ibu bapa memastikan bayi mereka menerima suntikan imunisasi.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata sebaliknya buat masa ini kementerian hanya berusaha menambah baik sistem penjagaan kesihatan.  

“… kita tidak boleh memaksa ibu bapa. Kita bimbang sebab memang ada kalangan sesetengah ibu bapa yang menganggap pelalian itu ada kesan-kesan sampingan tetapi kita juga ada bukti saintifik bahawa pelalian untuk difteria adalah efektif dan selamat," katanya.

Dr Lee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kardiovaskular Perak anjuran Persatuan Kardiovaskular Ipoh yang disertai kira-kira 300 peserta, di sini hari ini.

Pada 15 Okt lalu, seorang bayi perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan di Johor Bahru, Johor.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana tidak dibenarkan oleh keluarganya.

Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata kementerian akan menggubal undang-undang baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha di negara ini.

Beliau berkata undang-undang sedia ada hanya membabitkan pengawalan produk tembakau  bawah Akta Makanan 1983 dan produk mengandungi nikotin menurut Akta Racun 1952. 

“Buat masa ini tiada undang-undang bagi mengawal produk vape tiada kandungan nikotin, sebab itu kami akan perkenalkan peraturan baharu ini,” katanya.

Pada Ahad lepas, Dr Lee berkata larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula Januari tahun depan tidak membabitkan aktiviti menghisap vape kerana pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan terhadap produk yang mengandungi nikotin.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018