Wanita perlu kerap lakukan pemeriksaan kesihatan, ketepi perasaan malu

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) -- Golongan wanita diminta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka dan mengesan sebarang penyakit lebih awal terutamanya kanser payudara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata pemeriksaan secara berkala juga membolehkan wanita mengesan  penyakit jantung dan kanser serviks, antara penyakit yang sering dihidapi golongan wanita.

“Wanita kena atasi perasaan malu untuk melakukan pemeriksaan dan bersikap lebih terbuka termasuk untuk melakukan pemeriksaan payudara. Jika ia dikesan pada tahap yang lebih awal maka lebih mudah untuk penyakit itu dirawat dan peluang untuk sembuh lebih cerah,” kata Fuziah, yang juga Anggota Parlimen Kuantan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Amal Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kuantan dan Penyerahan Dana Sumbangan di sini malam tadi, beliau berkata pada masa sama, golongan wanita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan diri, mental dan pemakanan selain bersenam memandangkan mereka adalah tonggak kepada keluarga.

“Sebelum kita nak jaga anak-anak dan suami, kita perlulah menjaga diri kita sendiri terlebih dahulu. Jika kita sihat, barulah keluarga kita dapat dijaga dengan baik,” katanya.

Fuziah turut menyeru keluarga yang mempunyai pesakit kanser supaya memberikan sokongan berterusan kepada pesakit supaya mereka mampu pulih dan tidak mengalami tekanan.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018