Air paip perlu dimasak sebelum diminum - Dr Lee

BATU GAJAH, 21 Okt (Bernama) -- Air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata air paip yang telah diproses disalurkan melalui paip air yang berkemungkinan telah lama digunakan serta berkarat.

"Air paip yang telah diproses menerusi loji rawatan air boleh terus diminum kerana ia memang memenuhi piawaian ditetapkan.

"Tetapi apabila ia disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh kilometer sebelum air itu sampai ke rumah, kita tidak tahu sama ada ia selamat untuk diminum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Baru MTD di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Lee berkata adalah lebih baik orang ramai tidak meminum air secara terus daripada  paip tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu. 

Beliau mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar semasa  Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini yang memberi jaminan bahawa air paip di negara ini selamat untuk terus diminum.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1