Rakyat Sabah digesa tingkat kesedaran berhubung kesihatan mental

KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) -- Rakyat Sabah digesa meningkatkan kesedaran berhubung kesihatan mental serta perlu memainkan peranan memastikan kesejahteraan mental masyarakat secara keseluruhan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata kementeriannya amat peka terhadap peningkatan masalah kesihatan mental di negeri itu.

Kajian kesihatan peringkat kebangsaan terhadap kira-kira 29,000 responden di setiap negeri pada 2015 menunjukkan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah masalah kesihatan mental tertinggi iaitu 42.9 peratus diikuti Kuala Lumpur 39.8 peratus, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang ibu yang dipercayai mengalami kemurungan dan bertindak mengelar empat anak kandungnya, menyebabkan seorang maut dan tiga lagi cedera parah dalam kejadian di Pulau Mantanani, Kota Belud, Khamis lepas. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2