Pelajar keracunan gara-gara 'scrambled eggs' di Gopeng



IPOH, 23 Okt (Bernama) -- Menu telur hancur (scrambled eggs) dikenal pasti sebagai punca awal kes keracunan makanan membabitkan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng dekat sini, Sabtu lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata seramai 395 pelajar menikmati menu itu bersama roti kira-kira pukul 10.30 malam pada Jumaat. 

Bagaimanapun, Sivanesan berkata daripada jumlah yang menikmati sajian itu, hanya 53 orang terdiri daripada 35 lelaki dan 18 perempuan mengalami simptom keracunan.

"Gelaja keracunan (onset) terawal dikesan pada pukul 2 pagi hari Sabtu, manakala onset terakhir adalah 3 pagi, semalam (Ahad).

"Gejala utama adalah pening, loya, muntah, sakit perut, cirit birit, demam dan kekejangan otot," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Menurut Sivanesan, semua 53 pelajar terbabit telah diberi rawatan pesakit luar dan keadaan mereka adalah stabil.

Katanya kes keracunan di sekolah tersebut adalah yang kedua tahun ini melibatkan kontraktor dan pengendali dapur yang sama.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kampar telah menyita dapur berkenaan semalam dan laporan polis mengenai sitaan tersebut telah dibuat kira-kira pukul 11.20 pagi di Balai Polis Gopeng pada hari yang sama, katanya.  

"Penutupan dapur dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

"Lima sampel najis pelajar yang mengalami simptom keracunan telah diambil untuk ujian dan keputusan belum diperoleh," katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018