USM terima geran RM5.8 juta untuk penyelidikan HIV



GEORGE TOWN, 22 Okt (Bernama) -- Sekumpulan penyelidik, hasil kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Yale University, menerima geran daripada National Institute of Health (NIH), Amerika Syarikat berjumlah RM 5.8 juta untuk menjalankan penyelidikan kaedah rawatan HIV.

Penyelidikan itu diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan USM Profesor B. Vicknasingam dan Profesor Marek Chawarski daripada School of Medicine, Yale University.

Marek berkata penyelidikan itu bertujuan untuk menilai keberkesanan modul rawatan sedia ada terhadap pengguna dadah opiat dan juga penghidap HIV serta mencari kaedah bagi meningkatkan tahap rawatan perubatan bagi golongan itu.

Hasil daripada penyelidikan itu bakal dijadikan garis panduan bagi dasar kesihatan yang lebih baik dan patut diterima oleh para pesakit HIV dan pengguna dadah jenis opiat, katanya pada sidang media di USM di sini, hari ini.

"Ia bertujuan membangunkan protokol rawatan bagi penghidap HIV dan pengguna opiat. Terdapat potensi besar bagi dapatan kami akan dipindahkan ke negara lain yang menghadapi masalah serupa. Geran ini satu kejayaan besar bagi pasukan kami dan juga menyediakan peluang  besar," katanya.

Tambah Marek, Malaysia khususnya USM merupakan pilihan utama kerajaan Amerika Syarikat untuk menjalankan penyelidikan sedemikian kerana negara ini khususnya USM merupakan contoh terbaik dalam pembangunan kesihatan dan penyelidikan yang maju.

"Malaysia dan USM dipilih oleh National Institute of Health kerana Malaysia dan USM adalah contoh amat baik dari segi penjagaan kesihatan dan pembangunan penyelidikan yang maju. Malaysia sebenarnya di tempat ke-4 dalam melakukan penyelidikan dan intervensi bagi tujuan itu… sebab itu kenapa kerajaan Amerika Syarikat memutuskan penyelidikan ini akan diadakan di Malaysia," katanya. 

Sementara itu, Naib Canselor USM Profesor Dr Datuk Asma Ismail berkata model penjagaan Seek-Test-Treat and Retain (STTR) akan digunakan dalam penyelidikan itu dan ia akan dijalankan di empat pusat wilayah di Malaysia iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur, dan Johor.

"Data akan diperolehi untuk mengenalp asti halangan terhadap pelaksanaan model STTR yang menyeluruh dan berkesan bagi golongan mereka yang menghadapi masalah ini. Seterusnya, kajian klinikal akan dilaksanakan bagi menilai strategi meningkatkan hasil rawatan terhadap pengguna dadah jenis opiat yang menghidap HIV.

“Model penjagaan yang telah diperkemas dan dinilai ini akan melibatkan kaedah penjagaan biasa yang disokong oleh pendidikan berterusan dan latihan bagi staf perubatan di klinik rawatan HIV atau AIDS dan methadone," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2