FRIM hasilkan produk anti gout daripada pokok cucur atap



SETIU, 23 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terus mencipta inovasi baharu dalam bidang perubatan negara dengan penghasilan produk anti gout daripada pokok cucur atap yang tumbuh meliar di sekitar kawasan pantai di Terengganu.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata pokok cucur atap atau nama saintifiknya Baeckea Frutescens telah lama digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti sembelit, sakit perut, sakit belakang dan turut digunakan bersama herba lain untuk mengawal tekanan darah dan paras gula dalam darah. 

"Hasil kajian saintifik FRIM selama lapan tahun juga mendapati herba ini mempunyai nilai perubatan yang berpotensi sebagai anti gout. 

"Prototaip produk herba cucur atap yang dilancarkan hari ini juga didapati sangat berkesan menghalang penghasilan dan pengumpulan asid urik di bahagian sendi. Ia telah pun dipatenkan dan akan dipasarkan secara komersial dengan mana-mana pihak yang berminat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran produk prototaip anti gout dikenali sebagai GouTree di Stesen Penyelidikan FRIM dekat Bari di sini hari ini.

Penggunaan produk itu boleh diambil dalam dua kaedah iaitu dengan cara memakan kapsulnya atau kaedah semburan di bahagian sendi yang sakit.

Mengulas lanjut, beliau berkata penemuan baharu itu juga bakal memberi impak positif kepada ekonomi Terengganu kerana negeri ini mempunyai 60,000 hektar keluasan tanah berpasir yang sangat sesuai ditanam pokok cucur atap.

"Ketika ini, sebanyak 500 batang pokok cucur atap telah ditanam di stesen ini bagi tujuan penyelidik FRIM menjalankan kajian mengenai spesies pokok ini melibatkan pelbagai skop iaitu daripada penghasilan anak pokok sehingga penghasilan bahan mentah. 

"Kita berharap dengan penemuan saintifik ini, lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat kesihatan daripada herba milik negara sekali gus mengurangkan kebergantungan import dari negara luar," katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2