Malaysia perlu 700 pakar geriatrik untuk warga emas - pakar UMSC

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Malaysia kini mempunyai 35 pakar geriatrik berdaftar dengan Daftar Pakar Kebangsaan, kata pakar geriatrik Pusat Pakar UM (UMSC) Dr Tan Kit Mun, walaupun sebenarnya memerlukan antara 600 dan 700 pakar berkenaan untuk menjaga penduduk berumur.

Dalam temu bual melalui e-mel, Dr Tan berkata pada masa ini, peratusan orang dewasa yang lebih tua di Malaysia berumur lebih 64 tahun adalah 6.5 peratus atau 2.1 juta daripada jumlah penduduk.

"Ia boleh menjadi tugas besar untuk memenuhi keperluan penduduk berumur, dan memerlukan orang yang mempunyai kepakaran dan semangat untuk berbuat demikian.

“Matlamatnya adalah untuk menjana minat dalam kalangan doktor dan melatih pakar perubatan dalam bidang pakar perubatan geriatrik," katanya.

Beliau berharap akan ada kursus diploma untuk doktor am dengan minat khusus terhadap orang tua.

Kerajaan juga, katanya diminta dapat meningkatkan kapasiti pembiayaan, serta mewujudkan dasar yang mencukupi serta program yang berkesan untuk mempromosikan dan melaksanakan kemudahan bagi penduduk yang semakin tua.

"Pada masa ini, 30 peratus daripada pesakit dalam adalah lebih daripada 65, yang menunjukkan bahawa orang tua mempunyai lebih banyak keperluan perubatan dan penjagaan kesihatan," kata Dr Tan.

Beliau berkata pelbagai program yang diadakan perlu melibatkan promosi penuaan sihat dengan pemakanan berkualiti, kempen tanpa rokok, aktiviti fizikal dan kesedaran penyakit tidak berjangkit.

Program-program ini juga perlu membolehkan orang-orang yang lebih tua terus hidup dalam masyarakat dengan bantuan rumah dan penjaga, pusat harian, pemulihan di rumah dan elaun untuk penjaga, katanya.

 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018