KKM kemuka permohonan peruntukan RM30 bilion dalam Belanjawan 2019

Lee Boon Chye

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan​​​​​ permohonan ​​​​peruntukan mengurus dan pembangunan sebanyak RM30 bilion dalam Belanjawan 2019, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Menurut beliau peruntukan yang dipohon merupakan 2.01 peratus daripada anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019.

“Pada masa ini, peruntukan kesihatan sektor awam adalah pada kadar 1.87 peratus daripada KDNK iaitu RM26.58 bilion pada 2018 (dengan) 50 peratus daripada peruntukan tersebut adalah untuk menampung keperluan di hospital kerajaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Charles Anthony Santiago (PH-Klang) mengenai kesudian kerajaan  untuk menetapkan peruntukan kesihatan (awam dan swasta) sebanyak tujuh peratus daripada KDNK mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Lee berkata pada masa ini kerajaan menyumbang 52 peratus daripada keseluruhan peruntukan  kesihatan manakala pihak swasta menyumbang 48 peratus daripada peruntukan tersebut.

Beliau berkata sekiranya cadangan WHO dipatuhi, peruntukan pada sektor awam perlu berada pada kadar 3.5 peratus hingga 4 peratus daripada KDNK.

“KKM mengakui bahawa sekiranya peruntukan bagi sektor awam ditingkatkan pada kadar tersebut, ia akan melibatkan penggunaan dana yang besar daripada hasil kerajaan dan ini mungkin tidak dapat ​​​​​dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Justeru, Dr Lee berkata KKM akan memohon penambahan peruntukan secara berperingkat dan menyasarkan peruntukan pada kadar 4 peratus daripada​​​​​​​ KDNK dalam tempoh lima tahun iaitu ​​​​​​​pada tahun 2023.

-- BERNAMA​​​​

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2