KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Peserta industri peranti perubatan, terutamanya syarikat tempatan, digesa supaya menggunakan strategi dan teknologi baru untuk kekal berdaya saing.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk N. Rajendran berkata industri peranti perubatan terus menjadi antara sektor pertumbuhan berpotensi tinggi di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11.
"Untuk kekal berdaya saing, syarikat perlu mengutamakan produktiviti, mempercepatkan automasi dan inovasi, menjalankan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan, serta melaksanakan amalan industri terbaik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, Rajendran menjadi moderator pada sesi panel mengenai ‘Next Wave of Medical Devices Manufacturing: Shaping the Industry of the Future’ di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia, di sini, sempena Ekspo Peranti Perubatan Malaysia 2018 (MYMEDEX 2018).
Beliau berkata MIDA berharap lebih banyak syarikat akan dapat membiasakan diri dengan trend baru yang mempunyai kesan langsung terhadap dinamik industri peranti perubatan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia Indranil Lahiri berkata dengan lebih 200 pengeluar dalam industri ini di Malaysia, kini tiba masanya syarikat-syarikat ini menggunakan pendigitalan supaya dapat membangunkan peranti perubatan yang inovatif dan mencatat masa yang lebih cepat ke pasaran untuk kelebihan persaingan berbanding pengeluar global.
"Terutamanya jika kita mahu mengekalkan kedudukan utama dalam mengeksport lebih 90 peratus peranti perubatan keluaran tempatan dan meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam industri daripada sumbangan pelaburan bernilai RM1.6 bilion (72.7 peratus). "
MYMEDEX 2018, berlangsung dari 23 hingga 25 Okt, adalah inisiatif pertama oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan dan disokong oleh MIDA untuk menampilkan teknologi inovatif terkini dan kemajuan peranti perubatan global.
Menyedari bahawa peranti perubatan adalah antara industri terbesar dalam penjagaan kesihatan global, ekspo itu menawarkan peluang unik untuk semua pihak berkepentingan untuk terlibat dalam pusat sehenti bagi penyelesaian peranti perubatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN