Bekalan ubat untuk pesakit Hepatitis C adalah mencukupi - KKM



KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan stok bekalan ubat untuk semua pesakit Hepatitis C yang sedang menerima rawatan adalah mencukupi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan rawatan terkini penyakit Hepatitis C ini adalah kombinasi dua jenis ubat iaitu Direct Acting Antivirals (DAAs) Tablet Sofosbuvir 400mg dan Tablet Daclatasvir 60mg.

"Stok semasa Tablet Sofosbuvir 400mg adalah mencukupi untuk semua pesakit manakala stok Tablet Daclastavir 60mg adalah terhad buat masa ini.

KKM telah mengambil langkah untuk mengagihkan semula stok ke hospital-hospital yang memerlukan bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat kepada semua pesakit," katanya sambil menambah bekalan stok Tablet Daclastavir 60mg dijangka tiba pada minggu pertama bulan depan untuk merawat pesakit baharu yang memulakan rawatan. 

"Sementara itu, bekalan ubat untuk pesakit yang telah menerima rawatan adalah mencukupi,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata demikian sebagai mengulas  laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris  bertajuk ‘Government Urged to Replenish As Hepatitis C Medicines Stock in Government Hospitals Run Out’ yang disiarkan semalam dan ‘Hep C Patient Left in the Lurch’ yang disiarkan hari ini. 

Katanya kementerian juga memberi jaminan akan meneruskan rawatan bagi penyakit Hepatitis C dan sentiasa proaktif untuk memastikan pesakit sentiasa mendapat rawatan yang sewajarnya selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membasmi penyakit Hepatitis C menjelang 2030.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018