KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu ekoran jangkitan wabak beguk.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil susulan Notis Perintah Tutup Premis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) terhadap kedua-dua sekolah itu.
“Bagi SMAP Kajang, Notis Penutupan Bersyarat telah dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat pada 12 Okt lepas. SBP Integrasi Gombak pula ditutup hingga 9 Nov depan selepas notis dikeluarkan oleh PKD Gombak semalam,” menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, tindakan kawalan jangkitan wabak dan pembersihan disinfeksi telah dilakukan oleh Kontraktor Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di SMAP Kajang mulai 12 hingga 14 Okt lepas manakala di SBP Integrasi Gombak, tindakan yang sama telah dilakukan mulai 19 hingga 21 Okt lepas.
Sehubungan itu, KPM telah mengarahkan kedua-dua sekolah terbabit akur dengan arahan dan melaksanakan semua urusan penutupan sekolah secara teratur.
“Kedua-dua sekolah terbabit juga telah diminta untuk menjalankan disinfeksi dan sentiasa berhubung dengan ibu bapa mengenai perkembangan mutakhir terutama bagi mereka yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan mulai minggu kedua bulan depan,” kata kenyataan itu.
Seramai 36 pelajar dari SMAP Kajang yang dijangkiti wabak beguk telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang mulai awal Okt ini, manakala SBP Integrasi Gombak pula, seramai 15 pelajar telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Gombak pada bulan ini (Okt) di mana kes terakhir yang dicatatkan pada 23 Okt iaitu sebanyak tiga kes
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN