Produk kesihatan, kosmetik bernilai RM55,298.80 dirampas di P.Pinang



BUKIT MERTAJAM, 25 Okt (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri merampas 1,198 pelbagai produk kesihatan dan kosmetik bernilai RM55,298.80 dalam lima serbuan di Pulau Pinang hari ini.

Pengarahnya Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata serbuan yang bermula pukul 11 pagi dan tamat lima jam kemudian itu adalah hasil risikan yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan serta Bahagian Penguatkuasa Farmasi sejak tiga bulan lepas.

"Hasil pemeriksaan di lima premis yang menjual pelbagai produk kesihatan dan kosmetik di sebuah kedai di pasar raya di Jalan Baru, Perda dan Bukit Mertajam di sini, serta Nibong Tebal dan Bayan Lepas, kami merampas 1,198 unit pelbagai produk yang menyalahi peraturan.

"Kami mendapati produk makanan kesihatan yang dijual itu tidak mematuhi peraturan dengan meletakan label tuntutan perubatan yang tidak dibenarkan seperti produk ini mampu mencegah penyakit jantung dan darah tinggi, mengubati resdung serta tiada alamat pengilang dan pengedar produk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut merampas pelbagai barang kosmetik yang mempunyai kandungan yang mencurigakan dan ubat perangsang seks yang dipercayai mempunyai racun berjadual, di samping mengeluarkan tujuh notis saman bernilai RM21,000 kepada lima pemilik premis yang menjual pelbagai produk itu.

-- BERNAMA
 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018