Pesakit osteoporosis Malaysia berpeluang guna terapeutik baharu

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Rakyat Malaysia dengan osteoporosis pascamenopaus mempunyai pilihan terapeutik baharu, alendronate terlarut bertimbal (Binosto) yang dimajukan oleh  EffRx Pharmaceuticals SA.

Selain Malaysia, Binosto turut dilancarkan di Singapura dan dipasarkan oleh Zuellig Pharma, antara kumpulan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbesar di Asia. Binosto akan boleh didapati di pasaran Asia Tenggara lain pada 2019.

Menurut EffRx Pharmaceuticals SA dalam satu kenyataan hari ini, Binosto (tablet berbuak alendronate 70 mg) adalah penyelesaian bertimbal yang pertama dan satu-satunya untuk rawatan osteoporosis pascamenopaus.  Ia mengurangkan risiko retakan pada tulang pinggul, tulang belakang dan bukan tulang belakang.

Pilihan terapeutik baharu ini, yang sudah boleh diperoleh di 15 negara di seluruh dunia, menyediakan pengurangan risiko retakan standard emas dan menawarkan profil keselamatan gastrousus atas yang lebih baik daripada yang dilaporkan untuk tablet alendronate. 

Menurut syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Switzerland itu, Binosto diambil sekali seminggu sebagai satu penyelesaian bertimbal yang mudah untuk  ditelan, tanpa sebarang risiko bagi sebiji tablet yang tersekat di esofagus.

Ia juga berpotensi untuk meningkatkan kepatuhan kepada terapi, dengan itu mengurangkan risiko retakan yang melumpuhkan, katanya.

Pengarah Komersial EffRx, Michael Schmid: " Walaupun pertumbuhan Binosto di dalam pasaran kami yang sedia ada masih tinggi, pengembangan geografi melalui perkongsian tempatan yang kukuh terus menjadi keutamaan penting untuk Binosto bagi membawa janji mereka kepada pesakit di seluruh dunia." 

"Dengan ciri-ciri inovatif mereka dan bukti keberkesanan dan keselamatan yang mantap, ia boleh menjadi sebahagian daripada set peralatan bagi kebanyakan pakar perubatan untuk beribu-ribu pesakit osteoporotik di seluruh Asia," kata Frederick Fong, Pengarah Pemasaran Kecemerlangan (Asia) di Zuellig Pharma.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2