Penutupan Sekolah Akibat Kluster Beguk (mumps) di Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang laporan oleh beberapa portal berita atas talian berkenaan penutupan dua buah sekolah di Kajang dan Gombak akibat kluster beguk (mumps) dan kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 25 Oktober 2018. 

Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa, kejadian kluster beguk di kalangan pelajar di sebuah sekolah di Kajang telah dilaporkan pada 14 Ogos 2018. Tindakan kawalan dan pencegahan telah dijalankan termasuk pengasingan pelajar dan pendidikan kesihatan sejak kluster ini dilaporkan. Namun begitu, masih berlaku penularan jangkitan akibat pergaulan pelajar yang berterusan, walaupun arahan pengasingan kes telah diberikan. Penutupan sekolah dari 23 Oktober 2018 hingga 9 November 2018 adalah sebagai salah satu langkah memutuskan rangkaian jangkitan beguk. Manakala pelaporan kejadian sama di sebuah sekolah di Gombak pula diterima pada 16 Oktober 2018 dan sekolah ditutup dari 24 Oktober 2018 hingga 6 November 2018 untuk tujuan yang sama. Semua pelajar yang terlibat dari kedua – dua sekolah ini berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan.

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018