Tiga pusat kesihatan mental masyarakat disediakan di Perak  

IPOH, 26 Okt (Bernama) -- Tiga Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) disediakan di Perak bagi memberi perkhidmatan saringan, pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi khusus bagi mereka yang menghidap penyakit mental.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ding Lay Ming berkata pusat kesihatan berkenaan terletak di Kampung Simee di Ipoh, Batu Gajah dan Selama.

Katanya, pusat itu diwujudkan untuk melakukan saringan, mendiagnosis dan memberi rawatan kepada pesakit mental seterusnya membolehkan pesakit menjalani Program Rehabilitasi Psikososial di pusat kesihatan tersebut.

"Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu dirujuk terlebih dahulu di mana-mana klinik kesihatan atau hospital sebelum mendapatkan rawatan susulan di pusat kesihatan. 

"Antara program rehabilitasi yang dijalankan untuk pesakit mental adalah kemahiran penyelesaian masalah, menjalani proses pengurusan terapi secara berkumpulan, aktiviti kecergasan fizikal, latihan kemahiran sosial serta memberi pendedahan kepada pesakit menerusi pendidikan kesihatan mental," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 bertemakan 'Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubahan Dunia' anjuran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Klinik Kesihatan Simee di sini hari ini.

Program sehari itu turut mengadakan pameran mengenai kesihatan yang disediakan di ruang dalam klinik berkenaan.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2