Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM



KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Penutupan dua sekolah di Selangor berikutan jangkitan wabak beguk antara kaedah mengelakkan jangkitan  terus berlaku, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.

“Semua pelajar yang terlibat dari kedua-dua sekolah ini berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan.

“KKM ingin menasihati murid-murid yang mempunyai gejala beguk untuk tidak hadir ke sekolah untuk mengelakkan jangkitan kepada murid-murid lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mengalami gejala dan tanda-tanda beguk pula supaya mendapatkan nasihat doktor dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul bagi mengelakkan penularan penyakit ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Selangor diarah tutup oleh KKM berikutan jangkitan wabak beguk yang semakin meningkat di sekolah berkenaan.

Notis Perintah Tutup Premis dikeluarkan kepada Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan SBP Integrasi Gombak di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

--BERNAMA 

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2