KKM rampas lebih 200,000 produk kesihatan langgar undang-undang

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas 251,782  produk kesihatan bernilai RM2.8 juta yang melanggar undang-undang sepanjang Operasi Pangea XI dari 9 hingga 16 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata 106,222 pil gugur, suntikan vitamin C, antibiotik dan steroid tidak berdaftar, pelangsing badan dan produk farmaseutikal campur racun, 90,304 ubat-ubatan tidak berdaftar serta 55,526 produk farmaseutikal menyalahi undang-undang dirampas.

“Selain itu, 339 peniaga yang mengiklankan produk kesihatan dan melanggar undang-undang telah diambil tindakan iaitu sebanyak 403 laman sesawang dan 723 akaun laman sosial telah disekat atau ditutup,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, Operasi Pangea XI yang memasuki edisi keenam melibatkan kerjasama antara Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta CyberSecurity Malaysia.

“Operasi ini yang diselaraskan oleh INTERPOL bersama 116 negara lain dalam usaha membanteras penjualan ubat-ubatan serta peranti perubatan yang berbahaya kepada pengguna secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata operasi kali ini menyasarkan tiga aspek utama iaitu pembekal perkhidmatan internet (ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan (kurier dan pos).

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018