Firma Taiwan sedia jalin kerjasama bangunkan teknologi penjagaan kesihatan di Malaysia

Oleh Norsiah Mohd Ramli

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Penyedia perkhidmatan kesihatan Taiwan sedia menjalin kerjasama dengan firma Malaysia dalam teknologi penjagaan dan perkhidmatan kesihatan meliputi pelbagai aspek termasuk dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G).

Pengarah Klinik O&G Chao-Chin dari Taiwan, Dr Chao-Chin Hsu berkata, antara teknologi Taiwan yang boleh dikembangkan di Malaysia ialah penjagaan kesihatan bagi wanita menopaus.

“Kami mempunyai pelbagai pusat terapi hormon untuk wanita menopaus. Kami mula membangunkan teknologi ini sejak 1996 dan ia telah berkembang serta mengubah hidup pesakit menjadi lebih baik, " kata Dr Chao kepada Bernama selepas seminar ‘Taiwan Smart Care’.

Seminar itu diadakan bersempena Expo Taiwan 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Ekspo berkenaan mengumpulkan syarikat-syarikat peneraju teknologi perubatan dari Taiwan bagi memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka kepada komuniti penjagaan kesihatan di negara ini.

Sementara itu, wakil dari Hospital Hualien Tzu Chi Taiwan, Dr Ming Chee Lee berkata polisi insurans penjagaan kesihatan yang digunakan di Taiwan antara yang berpotensi dijadikan prototaip di Malaysia. 

Dr Ming berkata menerusi polisi insurans itu, lebih 90 peratus rakyat negara itu dilindungi menerusi Insurans Kesihatan Kebangsaan.

“Berdasarkan polisi ini, penerima manfaat perubatan akan dilindungi insurans termasuk untuk rawatan kanser,” kata Dr Ming. 

-- BERNAMA 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2