Peningkatan diabetes, hiperkolesterolemia dan obesiti membimbangkan - Exco

GEMAS, 28 Okt (Bernama) -- Masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hiperkolesterolemia dan masalah obesiti di negeri ini amat membimbangkan apabila merekodkan peningkatan setiap tahun berdasarkan data yang diambil dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), kata seorang anggota Exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Taufek Abd Ghani berkata 19.3 peratus individu di negeri ini yang berumur 18 tahun dan ke atas dikesan menghidap diabetes.

“Penyakit hiperkolesterolemia mencatatkan peningkatan 49.5 peratus pada tahun 2015, berbanding 39.7 peratus pada 2011.

“Masalah obesiti juga turut meningkat iaitu dari 16 peratus pada 2011 kepada 23.5 peratus pada tahun 2015,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan Ekspo Moh Waghih Sihat : Sihat Milikku Peringkat Negeri Sembilan 2018 di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan Rozkhaidi Othman.

Taufek berkata antara punca peningkatan penyakit tersebut ialah disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan dan kurangnya aktiviti fizikal yang menjadi budaya masyarakat Malaysia kini.

Beliau berkata kerajaan akan  berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk meneliti permasalahan ini lebih mendalam di samping merangka program yang lebih strategik dan dekat dengan akar umbi supaya masalah penyakit seperti ini dapat dikurangkan.

"Dalam tempoh lima tahun ini, kami sasar untuk memastikan setiap taman perumahan dan kampung-kampung mempunyai gelanggang futsal supaya anak muda kita aktif bersukan selain dapat membantu mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan masyarakat," katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018