SAN FRANCISCO, 29 Okt (Bernama) -- Para penyelidik dari Wilayah Taiwan, China mendapati bahawa ubat biasa yang digunakan bagi merawat diabetes jenis 2 mampu mengurangkan kemungkinan perkembangan penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Akademi Oftalmologi Amerika (AAO) pada Ahad.
Akademi berpangkalan di San Francisco itu berkata penyelidikan tersebut diumumkan pada Mesyuarat Tahunan ke-122 AAO yang berlangsung di Chicago dari 27 hingga 30 Okt lepas, menunjukkan pesakit diabetes yang mengambil ubat metformin memiliki kadar lebih rendah untuk menghidap kemerosotan makular berkaitan usia (AMD), antara punca utama kebutaan dalam kalangan rakyat Amerika berusia 50 tahun ke atas.
Penyelidik terbabit telah mengkaji statistik pangkalan data penyelidikan insurans kesihatan di Taiwan bagi tempoh meliputi 2001 hingga 2013 dan mendapati bahawa sejumlah 45,524 pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil metformin memiliki peluang lebih cerah untuk mengelak perkembangan AMD yang menjejaskan kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika Syarikat.
Kajian itu mencadangkan bahawa metformin, yang mengawal paras glukosa darah pesakit diabetes jenis 2, mampu mengekang keradangan serta tekanan oksidatif, dua faktor utama yang memainkan peranan penting dalam perkembangan diabetes dan AMD.
"Kajian kami adalah yang pertama mendedahkan kesan perlindungan metformin terhadap perkembangan AMD," kata penyelidik utama Yu-Yen Chen.
AAO adalah persatuan pakar perubatan dan bedah mata terbesar dunia, dengan komuniti global berjumlah 32,000 doktor perubatan, yang komited untuk menyokong perlindungan penglihatan dan memperkasa kehidupan dengan mempromosi penjagaan mata serta kesihatan kepada orang ramai.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN