NILAI, 29 Okt (Bernama) -- Inno Bio Ventures Sdn Bhd menyasarkan untuk menjadi pengeluar ubatan biologi tempatan dalam usaha menyediakan penjagaan kesihatan yang dimampui, selamat dan berkualiti tinggi.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, berkata syarikat berkenaan sudah menjalin kerjasama dengan penyedia teknologi antarabangsa, ahli akademik, pembuat dasar dan pemain industri untuk melaksanakan sasaran ini.
“Kami memohon kerajaan menyokong komitmen strategik ini untuk penyelidikan, pembangunan, penghasilan dan pengkomersialan melalui kerjasama rapat dengan penyedia teknologi asing daripada AryoGen Pharmed Group (Iran), Nobel Farma Ilac Group (Turki), Stada Arzneimittel AG Group (Jerman) serta pengeluar biosimilar (produk perubatan biologi) dan penyedia perkhidmatan perubatan terkenal lain,” katanya dalam ucapan pembukaan pada program Karnival Biosimilar di sini, hari ini.
Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Biosimilar adalah produk perubatan yang hampir menyamai produk asal dihasilkan oleh syarikat berbeza dan biasanya adalah versi yang diluluskan terhadap produk asal yang dihasilkan apabila paten produk asal tamat tempoh.
Abdul Rahman berkata, walaupun ubatan baharu dibangunkan secara berterusan dan diluluskan oleh badan perundangan antarabangsa dan tempatan, ubatan altternatif juga dikaji secara aktif dan dibangunkan bagi menangani harga dan kos yang meningkat ubatan asal.
“Melalui pengeluaran tempatan kami, skala ekonomi dan potensi eksport, adalah mungkin untuk menawarkan lebih banyak harga yang kompetitif kepada pengguna tempatan yang menghadapi penyakit kronik seperti barah, arthritis dan psoriasis.
“Ketersediaan ubatan biologi yang dimampui memberikan penjimatan yang besar kepada perbelanjaan kerajaan dalam jangka panjang,” katanya.
Ditubuhkan pada 2002, Inno Bio adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan dan berkait rapat dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN