7,000 graduan ILKKM dilantik kontrak bawah KKM

Dr Lee Boon Chye

IPOH, 29 Okt (Bernama) – Sejumlah 7,000 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) akan dilantik secara kontrak bagi mengisi jawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 1 Jan tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pelaksanaan fasa pertama, sejumlah 4,000 graduan ILKKM akan dilantik mengisi kekosongan jawatan secara kontrak untuk tempoh empat tahun.

"Kalau kita mahu memberi mereka (graduan ILKKM) jawatan secara tetap, ia mungkin tidak mencukupi untuk menampung, jadi kita boleh mengambil mereka sebagai lantikan kontrak bagi mengatasi masalah berkenaan sejak 2017.

"Bagaimanapun, bagi graduan yang mendapat kelulusan cemerlang akan diserap terus untuk mengisi jawatan tetap di kementerian," katanya.

Lee berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sijil dan diploma kepada graduan institut latihan berkenaan sempena Majlis Konvokesyen 2018 di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini malam ini.

Seramai 8,124 graduan menerima sijil dan diploma sepanjang tiga hari konvokesyen itu berlangsung sejak Sabtu lepas.

Terdahulu, Lee dalam ucapannya berkata kementerian telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak April tahun ini untuk cadangan pelantikan graduan ILKKM secara kontrak.

Beliau berkata JPA secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

Dalam pada itu, Lee berkata kementerian juga akan mewujudkan jawatan-jawatan tambahan dalam skim paramedik dan auksiliari menerusi  tukaran jawatan-jawatan skim perkhidmatan yang lain.  

Beliau berkata kementerian juga akan melaksanakan pengisian jawatan kenaikan pangkat menerusi urusan pemangkuan serta pengisian.

"Ini bertujuan untuk membantu mengosongkan jawatan di gred lantikan," katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2