17 produk makanan dan minuman dikesan menggunakan bahan terlarang

Lee Boon Chye

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengesan sebanyak 17 produk makanan  dan minuman yang dijual di pasaran menggunakan bahan terlarang, sejak tahun lepas sehingga kini.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata ia hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas 439 sampel pelbagai jenis produk makanan dan minuman di pasaran.

“Selepas dianalisis, didapati produk-produk tersebut menggunakan bahan terlarang seperti steroid dan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pengeluar atau penjual bagi produk berkaitan dan sebagai contoh kita telah mengenakan tindakan terhadap penjualan Jus Al-Sunnah yang mengandungi steroid,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu tindakan kementerian dalam memantau dan membendung pasaran produk makanan tambahan yang menggunakan  bahan terlarang.

Menjawab soalan tambahan Ismail yang ingin tahu langkah proaktif diambil kementerian bagi mengatasi masalah tersebut, Dr Lee berkata kementeriannya turut bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi memantau dan menyekat laman web penjualan produk makanan dan minuman sekiranya  melanggar akta.

Dr Lee berkata mereka yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018