Anjing boleh kesan malaria - Kajian

LONDON, 30 Okt (Bernama) -- Satu kajian dijalankan Universiti Durham mendapati anjing penghidu boleh dilatih untuk mengesan seseorang itu dijangkiti malaria, walaupun tanpa sebarang simptom.

"Walaupun penemuan itu masih di peringkat awal, secara dasarnya ia telah menunjukkan anjing penghidu boleh dilatih mengesan malaria, dengan tahap ketepatan yang boleh dipercayai," kata penyelidik universiti itu dalam kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Xinhua, penyelidik dijalankan menggunakan sampel stokin nilon yang dipakai kanak-kanak yang kelihatan sihat, berumur lima hingga 14 tahun di Wilayah Sungai Upper Gambia di Afrika Barat.

Sebanyak 175 sampel termasuk 30 kanak positif malaria dan selebihnya negatif.

Menurut penyelidik, anjing itu dapat mengenal pasti 70 peratus sampel dijangkiti dengan tepat dan 90 peratus sampel tanpa parasit malaria.

Menurut Laporan Malaria Sedunia yang terbaru, terdapat kira-kira 216 juta kes pada 2016, peningkatan sebanyak lima juta kes berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kematian pula seramai 445,000 orang. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2