Kementerian Kesihatan: Standard Chartered Malaysia bantu pesakit katarak di pedalaman



KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Standard Chartered Malaysia bagi membantu memulihkan penglihatan pesakit katarak di seluruh negara di bawah projek Kanta Intraokular (IOL) bank berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata di bawah MoU itu bank berkenaan akan menderma RM220,000 untuk menampung kos kira-kira 1,000 kanta intraokular dan membawa pasukan  khidmat mata kepada komuniti di kawasan pedalaman terutama Sarawak, Sabah dan Pantai Timur untuk setahun mulai 1 Nov.

“Orang ramai yang mengalami masalah penglihatan kemungkinan besar adalah dari golongan miskin dan tidak bernasib baik. Namun majoriti mereka yang bermasalah rabun penglihatan boleh dielakkan.

“Menyedari cabaran ini, kementerian telah mengambil langkah proaktif untuk membendung pesakit daripada menjadi buta dengan menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan korporat,” katanya kepada pemberita selepas majlis MoU itu di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, di bawah projek IOL, kementerian akan bekerja secara strategik dengan Standard Chartered Malaysia untuk menyediakan penjagaan mata dan rawatan katarak di 41 hospital dan rangkaian  perkhidmatan ‘Klinik Katarak Malaysia’ seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Standard Chartered dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abrar A. Anwar berkata MoU itu adalah fasa ketiga kerjasama antara kedua-dua pihak bagi pemulihan penglihatan sejak 2013.

“Dari 2013 hingga 2018, bank kami menerusi Yayasan Standard Chartered telah menderma RM2 juta merangkumi lebih 6,000 kanta intraokular kepada komuniti di kawasan luar bandar,” katanya.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Dr Dzulkefly dan ditandatangani oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Abrar. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2