Kebakaran kecil tidak jejas operasi hospital Miri



MIRI, 31 Okt (Bernama) -- Kebakaran kecil melibatkan Unit Endoskopi, Hospital Miri yang dipercayai akibat litar pintas alat pendingin hawa malam tadi tidak menjejaskan perkhidmatan harian hospital tersebut. 

Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu berkata ini kerana operasi bahagian yang terjejas telah dipindahkan ke ruang kerja sementara.

 Sebagai langkah keselamatan bekalan eletrik keseluruhan bangunan terbabit diputuskan menyebabkan operasi lima unit iaitu Unit Endoskopi, Unit Electroenchephalography (EEG), Unit Kesihatan Awam, Unit Perolehan serta Unit Aset dan Stor yang berkongsi ruang pejabat dengan Unit Endoskopi turut terjejas operasi, katanya.

Dr Wong berkata  pesakit mempunyai janji temu  akan dihubungi unit masing-masing atau pesakit boleh menghubungi kaunter sementara di talian sambungan 300 untuk keterangan lanjut.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, syarikat konsesi telah diarahkan untuk menjalankan penilaian risiko kemudahan peralatan eletrik bagi memastikan tahap keselamatan pesakit dan kakitangan hospital terjaga," katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Dr Wong berkata kebakaran kecil pada 8.27 malam itu tidak melibatkan mangsa.

“Unit Endoskopi dipenuhi oleh asap hitam tetapi tiada api kelihatan, bekalan eletrik ke Unit Endoskopi telah diputuskan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong ketika mengesahkan kejadian, berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran pada 8.48 malam dengan jentera tiba di lokasi pada 8.52 malam.

Kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam, katanya. 

Beliau berkata kebakaran itu berkemungkinan besar disebabkan oleh lintar pintas dan siasatan lanjut akan dilakukan oleh pasukan penyiasat hari ini.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018