Dewan Rakyat: Skim perlindungan kesihatan B40 bukan insurans – Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) nasional bukanlah berbentuk insurans kesihatan.

Sebaliknya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim itu bakal dibiaya kerajaan untuk golongan miskin dan dilaksanakan oleh KKM sendiri.

“Oleh itu, tiada sebarang syarikat insurans swasta yang akan dilantik untuk menguruskan skim tersebut. Skim seumpama Skim Peduli Sihat (di Selangor) ini akan dilaksanakan secara berfasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan situasi ekonomi negara,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu status pelaksanaan ‘insurans kesihatan’ untuk golongan B40.  

Dzulkefly berkata pelaksanaan skim itu juga tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan sedia ada oleh KKM di mana perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan akan terus dinikmati oleh rakyat seperti biasa. 

Malah bayaran RM1 bagi mendapatkan rawatan pesakit luar dan RM5 untuk konsultasi pakar akan diteruskan seperti biasa manakala pemberian subsidi ubat-ubatan dan perkhidmatan sedia ada juga dikekalkan.

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkaitan Insurans Kesihatan Sosial (SHI) pula, Dzulkefly berkata kerajaan komited memperkukuhkan sistem penyampaian penjagaan kesihatan, antaranya dengan mengkaji model skim penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim pembiayaan kesihatan nasional, seperti yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11). 

"Skim penjagaan kesihatan memerlukan perancangan yang amat teliti termasuk penilaian tahap pendapatan rakyat dan impak sosio ekonomi dan ‘engagement’ dengan pelbagai pemegang taruh. SHI berbeza daripada Insurans Kesihatan Sukarela (VHI).  

“Perbezaan yang paling utama adalah penyertaan rakyat dalam SHI adalah secara mandatori, manakala VHI adalah bersifat sukarela mengikut segmen-segmen kumpulan sasaran tententu. Rakyat perlu memahami dan menerima konsep SHI ini sebelum ia dapat dipertimbangkan dengan rasional,” katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018